Searching...

Popular Posts

Friday, March 27, 2015

Soal Jawab: Risau Keadaan Rongga Faraj Terbuka

5:46 PM



Soalan: Saya masih bujang dan tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Adakah normal sekiranya bukaan rongga faraj itu sentiasa terbuka dari bahagian bibir dalam?

Selain itu, terdapat bahagian yang tersembul keluar daripada rongga terbabit. Adakah bahagian terkeluar itu selaput dara? 

Gadis bingung, 
Kuala Lumpurg. 

Jawapan: Saiz bibir dalam (labia minora) boleh berbeza antara wanita. Ada yang lebar sehingga bertindih antara kedua-duanya dan ada pula yang kecil sehingga menampakkan rongga faraj.

Bagi yang mempunyai labia minora yang kecil, ini lebih mendedahkan mereka kepada jangkitan kuman ke dalam faraj atau pundi kencing kerana labia minora berfungsi menutupi atau melindungi rongga faraj daripada kemasukan kuman. 

Anda tidak menyatakan pada faraj bahagian manakah ada bahagian ter-sembul itu. Jika ia pada bahagian hadapan atau atas, lazimnya ia adalah faraj yang menampung pundi kencing di hadapannya. Ini sesuatu yang biasa. 

Jarang selaput dara dapat dilihat melainkan secara berbaring dan meneran kerana selaput dara kebiasaannya kudup sehingga tidak dapat dilihat dengan pasti.


Pakar Sakit Puan
Doktor Adilah Ahmat (Dr Adilah Ahmat Jawab)


www.mummyceria.blogspot.com
Next
This is the most recent post.
Older Post

3 comments:

  1. Jahitan lama bersalin bengkak dan gatal- gatal...sudah 4 th bersalin skrng bahagian jahitan bengkak dan gatal

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Sy nak bertanya tentang kesihatan faraj.. Tp sebelum tu maaf sbb agak bersifat terbuka.. Sy ada masalah faraj berbau. Sy belum berkahwin, dan tidak pernah melakukan hubungan seks. Ada blog yg sy baca ia berpunca kerana pamakaian produk pencuci wanita. Tapi sy jenis yg on/off apabila menggunakan pencuci wanita.. Sy nak minta pendapat daripada puan

    ReplyDelete
  3. Saya Kelly pang,umor saya 51 than.
    Saya datang haid 2 bulan tak berhenti2
    Saya ada jumpa doctor..
    Sampat Semarang belum stop .
    Apa saya mau buat

    Aunty pang
    Seremban negeri sembilan

    ReplyDelete