Searching...

Popular Posts

Sunday, July 13, 2014

Soal Jawab: Ambil Asid Folik Sebulan Sebelum Hamil

12:18 AM


Soalan: Saya ingin tahu mengenai pengambilan asid folik. Ia difahamkan baik untuk wanita hamil dan persediaan untuk hamil.

Tetapi adakah sebarang jumlah maksimum untuk kandungan pil asid folik yang perlu diambil seseorang itu? Adakah ­sebarang kesan sampingan jika seseorang ­terlebih mengambil asid folik? 

Rahmah, 
Johor Bahru, Johor

Jawapan: Dos minimum asid folik bagi wanita yang ingin hamil adalah 400 mikrogram atau mcg (0.4miligram atau mg). Terdapat dua jenis ­persediaan pil asid folik; sama ada 400 mikrogram (0.4mg) ataupun 5mg.

Selain itu, asid folik juga ada terdapat dalam kandungan multivitamin dalam dos berbeza yang lazimnya kurang ­daripada dos minimum 400 mcg yang diperlukan itu. 

Memandangkan asid folik bersifat larut air, kandungan berlebihan lazimnya akan dibuang melalui air kencing. Mengambil dos 5mg itu sememangnya berlebihan tetapi masih ­tidak mendatangkan mudarat. Saya tidak pasti sama ada mengambil dos lebih daripada itu mendatangkan masalah serta mengapa perlu me­ngambul dos lebih daripada 5mg. 

Pengambilan asid folik hendaklah dimulakan apabila wanita berhasrat untuk hamil kerana ia seelok-eloknya diambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil, malah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil bagi wanita yang bayinya pernah mengalami kecacatan sistem saraf tunjang (tiub neural). ­Untuk dewasa juga, asid folik elok untuk kesihatan.


Pakar Sakit Puan
Doktor Adilah Ahmat (Dr Adilah Ahmat Jawab)

1 comments:

  1. assalmualaikum .. sy nak tnya .. haid sy tidk tetap brmula dlm 4 bln lps.. sdgkn sy tdk prnh ada mslh haid sblmnya.. sy dtg haid 27/ 10 thn hgga 2/11.. pda bln 12 pula sy dtg haid lwat 2 minggu jd sy lakukn ujian kiln dn hsilnya negatif.. lps tu bru sy dtg haid iaitu pd 11/12 hgga 15/12 thn lps..sgugut pd masa tu rsa lbh sakit dr sblmnya.. kmudian pd 21/12 sy dtg haid lg hgga 26/12.. sy agk plik sbb sy tdk prnah alami haid dua kali sebln.. pda bln 1 iaitu bln lps sy dtg haid scara normal iaitu pda 9/1 hgga 15/1 .. dn utk bln ni sy haid pda 2/2hgga 7/2.. dn sy period plak pd 15/2 smpai hrini iaitu 23/2 dn drh msh kluar .. tapi dlm kadr yg sdikit dn brwrna coklat.. smalm sy brsma suami krana drh sdh tdk kluar dn sy cek pn dh xde .. tapi bila brsma suami drh brwna merah dn brktul kluar..lps bsuh mlm td sy tdur dn pg tdi drh brwrna coklat kluar.. adakah sy mngalmi masalh rahim ??? atau mgkn krna stress ??

    ReplyDelete