Searching...

Popular Posts

Friday, October 31, 2014

Soal Jawab: Bimbang Lewat Datang Bulan

8:13 PM



Soalan: Saya berumur 36 tahun yang melahirkan anak secara pembedahan enam bulan lalu namun hingga kini, saya masih belum didatangi haid.

Untuk pengetahuan dok­tor, saya melahirkan anak pertama juga secara pembedahan kira-kira 13 tahun lalu tetapi selepas sebulan, saya sudah didatangi haid. 

Saya sudah berjumpa doktor dan diberikan ubat. Dua minggu selepas itu, saya belum didatangi haid dan saya tidak hamil. Saya cukup risau, adakah keadaan sedemikian merbahaya? 

Puan Lisa, 
Kuala Lumpur

Jawapan: Bagaimanakah kitaran haid anda dalam masa enam bulan sebelum kehamilan terakhir itu? Adakah anda masih menyusukan bayi dengan susu badan sepenuhnya? Adakah anda mempunyai simptom atau petanda lain? 

Adakah anda mengalami sakit seperti senggugut untuk beberapa hari dalam sebulan kitaran? Bagaimanakah dengan pembedahan atau kelahiran itu, adakah bermasalah? Adakah anda mengalami pendarahan berpanjangan selepas itu? 

Seeloknya anda berjumpa kembali doktor yang melakukan pembedahan ataupun berjumpa pakar sakit puan berhampiran. Sekiranya anda tidak ­mempunyai petanda tambahan, lazimnya pemeriksaan fizikal tidak ­menjumpai apa-apa keabnormalan. 

Imbasan ultrabunyi ke atas rahim dan ovari dapat memberi jawapan. Bagaimanakah ukuran ketebalan lapisan endometrium yang membentuk haid serta apakah corak atau cirinya? 

Sekiranya lapisan ini sangat nipis, pemberian ubat yang mengandungi bahan progestin saja untuk menurunkan haid lazim­nya tidak berjaya. Ujian darah juga dapat membantu, lazimnya ujian hormon termasuklah hormon prolaktin (hormon penyusuan), hormon tiroid dan seumpamanya.


Pakar Sakit Puan
Doktor Adilah Ahmat (Dr Adilah Ahmat Jawab)

www.pakarsakit-tuan.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment