Searching...

Popular Posts

Saturday, June 21, 2014

Soal Jawab: Dijangkiti Ketuat Genital

4:14 PM



Soalan: SAYA ingin mendapatkan pandangan doktor mengenai pesakit yang dijangkiti ketuat di bahagian kelamin (genital warts), baik bagi lelaki mahupun perempuan.

Siapakah pakar perubatan yang lebih sesuai untuk dirujuk? Adakah pakar sakit puan, pakar sakit tuan atau pakar sakit kulit? 

Adakah cara rawatan yang terbaik, risiko yang dihadapi dan cara mencegahnya daripada merebak dengan lebih teruk? 

IMI,
Kuala Lumpur 

Jawapan: LAZIMNYA ketuat genital jika dialami oleh perempuan, dirawat oleh doktor sakit puan. Ini kerana terdapat pemeriksaan dan pemantauan lanjutan yang dilakukan ke atas serviks, di samping ujian lain yang berkait dengan penyakit jangkitan kelamin. 

Ketuat genital adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin, doktor lazimnya akan mencadangkan ujian tambahan contohnya mengesan jangkitan chlamydia, gonorea, sifilis dan seumpamanya. Ujian pap smear juga dilakukan. 

Bagi lelaki pula, boleh mendapatkan rawatan di klinik dermatologi atau klinik penyakit jangkitan seksual ataupun klinik pakar perubatan dalaman ataupun klinik urologi. 

Ketuat genital disebabkan oleh kumpulan virus (HPV). Rawatan sebenar kuman ini belum lagi ditemui, tetapi daging ketuat terbabit boleh dibuang sama ada menggunakan ubat sapuan atau menjalani prosedur kecil membuangnya.


Pakar Sakit Puan
Doktor Adilah Ahmat (Dr Adilah Ahmat Jawab)

0 comments:

Post a Comment