Searching...

Popular Posts

Friday, February 6, 2015

Soal Jawab: Risau Ada Lebihan Daging di Paha

11:40 PM



Soalan: Saya ingin bertanya mengenai lebihan daging yang ada pada bahagian dalam paha saya. Adakah ia berbahaya? Adakah cara untuk menghilangkannya?

Puri, 
Kuala Lumpur

Jawapan: Anda tidak menyatakan lebih jelas mengenai sifat daging terbabit contohnya kekerasan, bentuk, warna permukaan, kehadiran jalinan salur darah dan seumpamanya.

Kebiasaannya, lebihan daging yang lembut, warna permukaannya seperti kulit paha anda tidak menunjukkan jalinan salur darah berlebihan. Ia adalah lipoma iaitu tisu lelemak saja. Ini tidak membahayakan.

Bagaimanapun, eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor untuk kepastian.


Pakar Sakit Puan
Doktor Adilah Ahmat (Dr Adilah Ahmat Jawab)

0 comments:

Post a Comment