Searching...

Popular Posts

Saturday, August 9, 2014

Soal Jawab: Kesan Suntikan Cegah Hamil

12:31 AM

Soalan: Saya baru saja melahirkan anak kedua secara vakum kerana me­ngalami darah tinggi yang bacaannya mencecah 177. Selepas habis pantang, ­doktor menyarankan saya mengambil suntikan untuk mencegah kehamilan sebanyak tiga kali, berselang tiga bulan.

Apabila anak saya mencecah usia setahun, saya mengambil keputusan untuk menghentikan suntikan kerana darah tinggi saya ­sudah stabil. Kali 
terakhir saya menerima suntikan pada Januari awal tahun ini dan hingga kini, tiada tanda saya didatangi haid.

Malah saya risau berat badan saya naik mendadak sedangkan saya jarang makan. Jika ada rezeki, saya ingin melahirkan anak lagi memandangkan umur saya sudah meningkat. Apakah pandangan doktor mengenai hal ini? 

Runsing,
Selangor 

Jawapan: Saya pasti doktor anda ada menerangkan mengenai kemungkinan kesan sampingan suntikan pencegah kehamilan ­supaya anda tidak bimbang jika mengalaminya. Selain itu, sudahkah anda ­menjalani pemeriksaan atau ujian kemungkinan anda hamil? 

Apa yang anda alami dahulu adalah krisis darah tinggi yang boleh menyebab­kan trauma ­serius kepada anda dan seterusnya bayi. Anda ­semestinya sudah menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian darah berkaitan darah tinggi kerana ada kemungkinan anda membawa penyakit itu. 

Anda tidak menyatakan usia anda. Penyakit darah tinggi lebih kerap dalam ­kalangan wanita berusia terutama jika pernah mengalami darah tinggi sewaktu hamil. Jika tiada penyakit, anda perlu juga menjalani pemeriksaan sebelum hamil bagi menganalisa risiko anda sewaktu hamil kelak. 

Semakin kita berusia, kadar pembakaran ­tenaga kita semakin menurun, maka berat tubuh kita lebih mudah meningkat. 

Apakah yang anda maksudkan anda jarang makan? Adakah anda makan me­ngikut jadual kerana ini lebih sihat berbanding sebaliknya? Adakah anda melakukan senaman fizikal berkala?


Pakar Sakit Puan
Doktor Adilah Ahmat (Dr Adilah Ahmat Jawab)

0 comments:

Post a Comment